BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 9, 2009

GURU MALAYSIA

kami guru Malaysia
berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin
putra putri negara kita

pada Seri Paduka
kami tumpahkan setia
rukun negara kita
panduan hidup kami semua

di bidang pembangunan
kami tetap bersama
membantu membina
negara yang tercinta
amanah yang diberi
kami tak persiakan
apa yang kami janji
tunai tetap kami tunaikan


Wednesday, June 3, 2009

PERUTUSAN REKTOR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR 2009 DATO' HAJI MOHD ADANAN BIN ISMAN




Bersyukur saya kehadrat Allah swt kerana dengan nikmat dan rahmatNya kita telah dipanjangkan usia untuk berbakti sebagai khalifah dan hambanya di dunia ini. Kita bertawakal semoga segala usaha kita sepanjang 2008 diterima sebagai amal saleh dan mendapat keredhaan dari Allah swt. Mudah-mudahan kerja amal yang bakal kita curahkan pada tahun 2009 ini akan mendapat naungan dari Allah swt untuk kita kerja dengan lebih efektif, kompeten dan efisyen semata-mata mengharap keredhaanNya.

KUIS telah menjangkau usia 14 tahun operasinya dan dalam tempoh tersebut KUIS telah berjaya membangunkan 5 program Asasi, 22 program Diploma, 12 program Sarjana Muda dan 1 program Sarjana daripada 8 Fakulti, dan kesemuanya telah mendapat pengiktirafan
daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Seramai 5,064 graduan telah dikeluarkan dimana ia telah menyumbangkepada pembangunan modal insan seluruh negara dan juga antarabangsa.

Kini KUIS mempunyai seramai 5,520 orang pelajar berbanding hanya 68 orang diawal penubuhannya pada tahun 1995. Disamping itu, sebuah Institut Kajian Hadis (INHAD) berjaya ditubuhkaN dan sebuah kitab tafsir berjaya diterbitkan yang dikenali sebagai Perbendaharaan Al-Quran dalam 2 jilid dan usaha murni ini dagalas sebagai salah satu sumbangan kepada pembangunan modal insan negeri dan negara.

InsyaAllah tahun 2009 kita bertekad dengan anjakan yang penuh bersemangat bagi memastikan KUIS akan terus memainkan peranan serta tanggungjawab sosial di dalam pendidikan tinggi negara. KUIS ingin melatakan satu cabaran untuk menjadikannya sebuah universiti penuh yang setanding dengan IPT-IPT bertaraf universiti dalam negara.

Oleh itu, saya mengajak seluruh warga bersama-sama memastikan gagasan ini akan menjadi realiti. Kejayaan ini terletak kepada kita semua selaku penggerak sehingga tertubuhnya sebuah universiti yang kita semua idamkan. Kita tidak punyai banyak masa. Oleh itu kita perlu fokus dan berusaha bersungguh-sungguh mulai dari saat ini.

Akhirnya saya mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga yang telah bersama-sama menggembleng tenaga serta mencurah bakti dalam tahun 2008. Kita doakan agar tahun 2009 ini akan mencorakkan sinergi baru kepada kita semua untuk menambah lagi momentum amal serta usaha kita bagi meletakkan KUIS pada persada kegemilangan

Tuesday, June 2, 2009

YO everyone~

nothing much to say!
just update your article~

btw, dear all teslians..
don't forget to pay your english book...
rm20......ONLY!
huhu

Introduction

This website was a product of our coursework here at Faculty of Education for Diploma in Education ( Teaching English As A Second Language )

We would like to thank all the people who helped us, and especially our handsome lecturer Mr Shahrul Rizduan Bin Arshad, for his guidance and his being there

Finally,all our coursemates, in each and every team,for this effort for the English Language Profiency II, we assisted each other mentally and spiritually

Best Regards
Zarul,Ejat,Zul,Riza,Mizie,Pian,Hazwan,Ziera,Aishah,Amnani,Ieda, Eda ( Beauty),Alia,Dayah,Ieyra,Aifa